Bendera Bangsaku

SELAMAT DATANG SOBATKU DI BLOG MAMAT/UCOK/RONI PUTERA JAWA KETURUNAN SUMATERA, ALLAH KUASA MAKHLUQ TAK KUASA LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH

Model Pengajaran dan Pembelajaran Imam-imam Mazhab



Al- Imam as- Syafei dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 H bersamaan tahun 767 M, di satu tempat bernama Ghuzzah, di wilayah Palestin tidak jauh dari Baitul Maqdis. Keturunan daripada pihak ayahnya ialah Muhammad bin Idris bin al- Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin Assib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abd Manaf. Beliau ialah seketurunan dengan Nabi Muhammad kerana Abd Manaf , datuk ketiga kepada Nabi Muhammad menjadi datuk kesembilan kepada Imam Syafei. Imam as-Syafei dikenali dengan panggilan Abu Abdullah sejak kecil lagi,setelah menjadi ulama yang terkenal, maka beliau dikenali dengan panggilan Imam as- Syafei. Beliau adalah antara imam mazhab yang keempat, iaitu pengasas Mazhab Syafei. Imam as- Syafei meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan tahun 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir. Kewibawaannya sebagai seorang guru yang berpengaruh terserlah ketika beliau masih kecil lagi. Hal ini terbukti apabila beliau membacakan ayat- ayat suci al-Quran yang telah memberikan kesan mendalam kepada pendengarnya sehingga semuanya dapat menghayati
maksud al- Quran dan disusuli dengan titisan air mata kesedaran. Antara kaedah pengajaran yang telah dilakukan oleh Imam As-Syafie dalam pengajarannya adalah seperti berikut: 
1) Secara kuliah
Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil Haram (Muhammad Abu Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dan dikelilingi oleh murid- muridnya. Masa ini merupakan saat- saat yang paling subur dalam keilmuannya, di mana Imam as- Syafei menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan bersama murid- muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama Sembilan tahun, Imam as- Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama- sama para ilmuan yang lain, membahas , mengajar, mengkaji di samping berusaha melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa itu.Baca lebih lanjut

0 komentar: